Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda
yang bernama
Alqomah, ia sangat
rajin beribadat. Suatu
hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat
kuat, maka isterinya
menyuruh orang
memanggil Rasulullah
dan mengatakan
suaminya sakit kuat dan dalam sakaratul
maut. Ketika berita ini
sampai kepada
Rasulullah, maka
Rasulullah menyuruh
Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a dan
Ammar r.a supaya
pergi melihat keadaan
Alqomah. Ketika
mereka sampai ke
rumah Alqomah, mereka terus
mendapatkan
Alqomah sambil
membantunya
membacakan kalimah
La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah
tidak dapat
menyebutnya. Ketika para sahabat
mendapati bahwa
Alqomah pasti akan
mati, maka mereka
menyuruh Bilal r.a
supaya memberitahu Rasulullah tentang
keadaan Alqomah.
Ketika Bilal sampai
dirumah Rasulullah,
maka bilal
menceritakan segala hal yang berlaku
kepada Alqomah. Lalu
Rasulullah bertanya
kepada Bilal; "Wahai
Bilal apakah ayah
Alqomah masih hidup?" jawab Bilal r.a,
" Tidak, ayahnya
sudah meninggal,
tetapi ibunya masih
hidup dan sangat tua
usianya". Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata kepada Bilal;
"Pergilah kamu
kepada ibunya dan
sampaikan salamku,
dan katakan kepadanya kalau dia
dapat berjalan, suruh
dia datang
berjumpaku, kalau dia
tidak dapat berjalan
katakan aku akan kerumahnya". Maka ketika Bilal
sampai kerumah ibu
Alqomah, lalu ia
berkata seperti yang
Rasulullah kata
kepadanya, maka berkata ibu Alqomah;
" Aku lebih patut pergi
berjumpa Rasulullah".
Lalu ibu Alqomah
mengangkat tongkat
dan terus berjalan menuju ke rumah
Rasulullah. Maka
bertanya Nabi s.a.w.
kepada ibu Alqomah;
"Terangkan kepada ku
perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika
kamu berdusta
nescaya akan turun
wahyu kepadaku".
Berkata Nabi lagi;
"Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab
ibunya; "Ia sangat
rajin beribadat, ia
sembahyang,
berpuasa dan sangat
suka bersedekah sebanyak-banyaknya
sehingga tidak
diketahui banyaknya".
Bertanya Rasulullah;
"Bagaimana hubungan
kamu dengan dia?", jawab ibunya; " Aku
murka kepadanya",
lalu Rasulullah
bertanya; "Mengapa",
jawab ibunya; "Kerana
ia mengutamakan istrinya dari aku, dan
menurut kata-kata
isterinya sehingga ia
menentangku". Maka berkata
Rasulullah; "Murka
kamu itulah yang
telah mengunci
lidahnya dari
mengucap La iilaa ha illallah", kemudian
Nabi s.a.w menyuruh
Bilal mencari kayu api
untuk membakar
Alqomah. Ketika ibu
Alqomah mendengar perintah Rasulullah
lalu ia bertanya;
"Wahai Rasulullah,
kamu hendak
membakar putera ku
didepan mataku?, bagaimana hatiku
dapat menerimanya".
Kemudian berkata
Nabi s.a.w; "Wahai ibu
Alqomah, siksa Allah
itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika
kamu mahu Allah
mengampunkan dosa
anakmu itu, maka
hendaklah kamu
mengampuninya", demi Allah yang
jiwaku ditangannya,
tidak akan guna
sembahyangnya,
sedekahnya, selagi
kamu murka kepadanya". Maka
berkata ibu Alqomah
sambil mengangkat
kedua tangannya; "Ya
Rasulullah, aku
persaksikan kepada Allah dilangit dan kau
Ya Rasulullah dan
mereka-mereka yang
hadir disini bahawa
aku redha pada
anakku Alqomah". Maka Rasulullah
mengarahkan Bilal
pergi melihat
Alqomah sambil
berkata; "Pergilah
kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah
dapat mengucapkan
La iilaa ha illallah atau
tidak". Berkata
Rasulullah lagi kepada
Bilal ; "Aku khuatir kalau kalau ibu
Alqomah
mengucapkan itu
semata-mata kerana
pada aku dan bukan
dari hatinya". Maka ketika Bilal sampai di
rumah Alqomah tiba-
tiba terdengar suara
Alqomah menyebut;
"La iilaa ha illallah".
Lalu Bilal masuk sambil berkata;
"Wahai semua orang
yang berada disini,
ketahuilah
sesungguhnya murka
ibunya telah menghalangi Alqomah
dari dapat
mengucapkan kalimah
La iila ha illallah,
kerana redha
ibunyalah maka Alqomah dapat
menyebut kalimah
syahadat". Maka
matilah Alqomah pada
waktu setelah dia
mengucap. Maka Rasulullah s.a.w
pun sampai di rumah
Alqomah sambil
berkata; "Segeralah
mandi dan kafankan",
lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan
sesudah dikuburkan
maka berkata Nabi
s.a.w. sambil berdiri
dekat kubur; "Hai
sahabat Muhajirin dan Anshar, barang siapa
yang mengutamakan
isterinya daripada
ibunya maka ia adalah
orang yang dilaknat
oleh Allah s.w.t, dan tidak diterimanya
daripadanya ibadat
fardhu dan sunatnya
yang bernama
Alqomah, ia sangat
rajin beribadat. Suatu
hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat
kuat, maka isterinya
menyuruh orang
memanggil Rasulullah
dan mengatakan
suaminya sakit kuat dan dalam sakaratul
maut. Ketika berita ini
sampai kepada
Rasulullah, maka
Rasulullah menyuruh
Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a dan
Ammar r.a supaya
pergi melihat keadaan
Alqomah. Ketika
mereka sampai ke
rumah Alqomah, mereka terus
mendapatkan
Alqomah sambil
membantunya
membacakan kalimah
La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah
tidak dapat
menyebutnya. Ketika para sahabat
mendapati bahwa
Alqomah pasti akan
mati, maka mereka
menyuruh Bilal r.a
supaya memberitahu Rasulullah tentang
keadaan Alqomah.
Ketika Bilal sampai
dirumah Rasulullah,
maka bilal
menceritakan segala hal yang berlaku
kepada Alqomah. Lalu
Rasulullah bertanya
kepada Bilal; "Wahai
Bilal apakah ayah
Alqomah masih hidup?" jawab Bilal r.a,
" Tidak, ayahnya
sudah meninggal,
tetapi ibunya masih
hidup dan sangat tua
usianya". Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata kepada Bilal;
"Pergilah kamu
kepada ibunya dan
sampaikan salamku,
dan katakan kepadanya kalau dia
dapat berjalan, suruh
dia datang
berjumpaku, kalau dia
tidak dapat berjalan
katakan aku akan kerumahnya". Maka ketika Bilal
sampai kerumah ibu
Alqomah, lalu ia
berkata seperti yang
Rasulullah kata
kepadanya, maka berkata ibu Alqomah;
" Aku lebih patut pergi
berjumpa Rasulullah".
Lalu ibu Alqomah
mengangkat tongkat
dan terus berjalan menuju ke rumah
Rasulullah. Maka
bertanya Nabi s.a.w.
kepada ibu Alqomah;
"Terangkan kepada ku
perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika
kamu berdusta
nescaya akan turun
wahyu kepadaku".
Berkata Nabi lagi;
"Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab
ibunya; "Ia sangat
rajin beribadat, ia
sembahyang,
berpuasa dan sangat
suka bersedekah sebanyak-banyaknya
sehingga tidak
diketahui banyaknya".
Bertanya Rasulullah;
"Bagaimana hubungan
kamu dengan dia?", jawab ibunya; " Aku
murka kepadanya",
lalu Rasulullah
bertanya; "Mengapa",
jawab ibunya; "Kerana
ia mengutamakan istrinya dari aku, dan
menurut kata-kata
isterinya sehingga ia
menentangku". Maka berkata
Rasulullah; "Murka
kamu itulah yang
telah mengunci
lidahnya dari
mengucap La iilaa ha illallah", kemudian
Nabi s.a.w menyuruh
Bilal mencari kayu api
untuk membakar
Alqomah. Ketika ibu
Alqomah mendengar perintah Rasulullah
lalu ia bertanya;
"Wahai Rasulullah,
kamu hendak
membakar putera ku
didepan mataku?, bagaimana hatiku
dapat menerimanya".
Kemudian berkata
Nabi s.a.w; "Wahai ibu
Alqomah, siksa Allah
itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika
kamu mahu Allah
mengampunkan dosa
anakmu itu, maka
hendaklah kamu
mengampuninya", demi Allah yang
jiwaku ditangannya,
tidak akan guna
sembahyangnya,
sedekahnya, selagi
kamu murka kepadanya". Maka
berkata ibu Alqomah
sambil mengangkat
kedua tangannya; "Ya
Rasulullah, aku
persaksikan kepada Allah dilangit dan kau
Ya Rasulullah dan
mereka-mereka yang
hadir disini bahawa
aku redha pada
anakku Alqomah". Maka Rasulullah
mengarahkan Bilal
pergi melihat
Alqomah sambil
berkata; "Pergilah
kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah
dapat mengucapkan
La iilaa ha illallah atau
tidak". Berkata
Rasulullah lagi kepada
Bilal ; "Aku khuatir kalau kalau ibu
Alqomah
mengucapkan itu
semata-mata kerana
pada aku dan bukan
dari hatinya". Maka ketika Bilal sampai di
rumah Alqomah tiba-
tiba terdengar suara
Alqomah menyebut;
"La iilaa ha illallah".
Lalu Bilal masuk sambil berkata;
"Wahai semua orang
yang berada disini,
ketahuilah
sesungguhnya murka
ibunya telah menghalangi Alqomah
dari dapat
mengucapkan kalimah
La iila ha illallah,
kerana redha
ibunyalah maka Alqomah dapat
menyebut kalimah
syahadat". Maka
matilah Alqomah pada
waktu setelah dia
mengucap. Maka Rasulullah s.a.w
pun sampai di rumah
Alqomah sambil
berkata; "Segeralah
mandi dan kafankan",
lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan
sesudah dikuburkan
maka berkata Nabi
s.a.w. sambil berdiri
dekat kubur; "Hai
sahabat Muhajirin dan Anshar, barang siapa
yang mengutamakan
isterinya daripada
ibunya maka ia adalah
orang yang dilaknat
oleh Allah s.w.t, dan tidak diterimanya
daripadanya ibadat
fardhu dan sunatnya