Ceriwis

Ceriwis (https://forum.ceriwis.com/forum.php)
-   Lounge (https://forum.ceriwis.com/forumdisplay.php?f=9)
-   -   Sejarah Penemuan Proton (https://forum.ceriwis.com/showthread.php?t=944243)

bakriegroup 27th May 2012 02:50 PM

Sejarah Penemuan Proton
 

[/quote]
Quote:






Budayakan :rate5 setelah membaca ya gan..







Quote:






Sejarah Proton




Ernest Rutherford sering kali dikaitkan dengan penemuan proton. Pada tahun 1918, Rutherford menyedari bahawa apabila zarah alfa ditembak ke atas gas nitrogen, pengesan sinarannya mempamerkan tanda-tanda kehadiran nukleus hidrogen. Rutherford mengesahkan bahawa hidrogen ini hanya boleh hadir daripada gas nitrogen tersebut, dan maka dengan itu nitrogen mengandungi nukleus hidrogen. Dia kemudiannya mencadangkan bahawa nukleus hidrogen, yang diketahui mempunyai nombor atom 1 adalah zarah asas.



Sebelum Rutherford, Eugen Goldstein telah meneliti sinar terusan, yang mengandungi ion-ion bercas positif. Selepas penemuan elektron oleh J.J.Thomson, Goldstein mencadangkan bahawa memandangkan atom adalah bersifat neutral dari segi cas elektriknya, sudah pasti terdapat zarah bercas positif dalam sesuatu atom dan dia berusaha mengkajinya. Dia menggunakan sinar terusan yang diperhatikan bergerak melawan arah aliran elektron dalam tiub sinar katod. Apabila elektron tersebut dialihkan dari zarah-zarah dalam tiub sinar katod, ia menjadi zarah bercas positif dan bergerak ke arah katod. Kebanyakkan zarah bercas tersebut melintasi katod, lalu ia ditebuk dan menghasilkan sinaran di atas kaca tersebut. Pada saat ini, Goldstein percaya bahawa dia telah menjumpai proton. Apabila dia mengira nisbah cas kepada jisim zarah baru ini, nilainya adalah berlainan apabila gas yang digunakan ditukar (dalam kes elektron, nilai yang dijumpai adalah sama walaupun gas yang digunakan dalam tiub sinar katod adalah berbeza). Sebabnya adalah sangat mudah. Apa yang disangkakan proton oleh Goldstein ialah sebenarnya ion. Dia berputus asa dengan tugas ini dan berjanji yang � dia akan kembali.� Namun, dia mengendahkan janjinya.



Proton dinamakan berdasarkan perkataan Greek yang bermaksud �pertama�.







Quote:






Uraian dan Kestabilan


Proton dalam fizik merupakan sejenis zarah subatomik yang mempunyai cas elektrik a unit asas positif (1.602 � 10−19 coulomb) dengan jisim 938.3 MeV/c2 (1.6726 � 10−27 kg), atau kira-kira 1836 kali jisim elektron. Ia dijumpai di dalam setiap atom tetapi pada masa yang sama, ia juga masih berada dalam keadaan yang stabil dengan hanya dirinya sendiri dan mempunyai identiti kedua seperti ion hidrogen , H+. Zarah proton ini sendiri mempunyai 3 zarah asas termasuk 2 kuark naik dan 1 kuark turun.



Proton ialah spin 1/2 fermion dan mengandungi 3 kuark yang membentuk barion. 2 kuark naik dan 1 kuark turun ditempatkan di dalam proton akibat daripada daya yang sangat kuat, disebabkan oleh gluon.



Proton dan neutron adalah nukleon yang diikat oleh daya nuklear di dalam nukleus atom. Nukleus isotop yang paling biasa bagi atom hidrogen adalah proton tunggal (atom ini tidak mempunyai neutron). Nukleus hidrogen yang lebih berat (seperti deuterium dan tritium) mengandungi neutron. Atom-atom lain mengandungi 2 atau lebih proton dan sebilangan neutron. Bilangan proton di dalam nukleus menentukan sifat kimia atom tersebut dan seterusnya elemen kimia yang mana yang diwakilinya; pada asasnya, kedua-dua bilangan neutron dan proton di dalam nukleus menentukan isotop tertentu bagi sesuatu elemen. Proton bercas positif.



Jika diperhatikan, proton adalah stabil dan secara teorinya, setengah hayat yang paling minimum bagi proton ialah 1�1036 tahun. Para saintis secara umumnya menganggarkan pereputan proton tetap berlaku, walaupun eksperimen-eksperimen yang dijalankan sehingga kini hanya memperoleh keputusan limit serendah 1035 tahun bagi jangkahayat proton. Dalam erti kata lain, pereputan proton tidak pernah disaksikan oleh sesiapa dan purata jangka hayat paling rendah proton berdasarkan eksperimen (2.1�1029 tahun) diberikan oleh Balai Pencerap Sudbury Neutrino. Walau bagaimanapun, proton telah diketahui boleh bertukar kepada neutron melalui proses penawanan elektron. Proses ini tidak berlaku secara spontan tetapi hanya apabila tenaga yang cukup disalurkan. Persamaan bagi proses ini ialah :-



\mathbf{p}^+ + \mathbf{e}^- \rightarrow\mathbf{n} + {\nu}_e \,



�p� ialah proton,



�e� ialah elektron,



�n� ialah neutron, dan



�νe� ialah elektron neutrino



Neutron juga boleh ditukarkan semula kepada proton melalui proses pereputan beta, satuk bentuk yang biasa dalam pereputan radioaktif. Dalam pada itu, neutron bebas mereput melalui kaedah ini dengan purata jangka hayat hanya kira-kira 15 minit.








[quote]





Biografi Sang Penemu : Ernest Rutherford


Ernest Rutherford (30 Ogos, 1871 � 19 Oktober 1937), pula pada tahun 1911 telah menemui kewujudan proton iaitu zarah bercas positif. Beliau mengatakan nukleus mengandungi proton di dalamnya.



Sebelum ini ahli sains berpendapat bahawa atom mesti mengandungi sejenis zarah kecil lain yang bercas positif untuk mengimbangi cas negatif pada elektron supaya keseluruhan atom adalah neutral.



Beliau menjalankan satu eksperimen membedil sekeping logam nipis, iaitu kira-kira 4 � 10 -5 cm tebalnya dengan sinar alfa yang terdiri daripada zarah-zarah positif. Beliau mendapati bahawa kebanyakan zarah alfa menembusi logam itu tanpa memesong. Sebilangan zarah alfa dipesongkan, manakala sebahagian lagi dipantul balik.



Berdasarkan kepada keputusan eksperimen itu, beliau mengemukan model atomnya yang menyatakan bahawa:



* Hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu kawasan yang sangat kecil, berat, dan bercas berpositif.Kawasan kecil ini dipanggil nukleus.

* Nukleus mengandungi proton sahaja.

* Bilangan proton sama dengan bilangan elektron dalam atom

* Kebanyakan bahagian dalam atom merupakan bahagian kosong.

* Elektron-elektron bergerak dengan cepat mengelilingi pusat nukleus pada jarak yang berlainan.



Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam model atom yang dikemukan oleh Ernest Rutherford kerana jisim atom yang dihitung daripada model Rutherford kurang daripada jisim atom yang sebenar. Masalah ini diselesaikan oleh James Chadwick.








</div>


All times are GMT +7. The time now is 03:42 PM.