Ceriwis  

Go Back   Ceriwis > DISKUSI > Lounge > Gossip & Gallery

Gossip & Gallery Gossip, artist, images of unique and interesting all here.

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 1st March 2010
bolobolo bolobolo is offline
Newbie
 
Join Date: Mar 2010
Posts: 20
Rep Power: 0
bolobolo mempunyai hidup yang Normal
Default Jaman Purba Jauh Lebih Canggih Dari Apa Yang Anda Bayangkan !





Anda menyangka zaman purba adalah zaman yang mundur? Jika itu tanggapan anda mengenai zaman silam yang wujud ratusan, ribuan atau jutaan tahun lalu, fikir kembali.

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.

Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!

Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.

Akan tetapi, artifak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya - masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.

Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.

Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:

Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq

Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu.

Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.

Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus �menafikan� Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.

Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.

Kalkulator kuno.

Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai �kalkulator� yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.

Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.

Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.

Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta optik

Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.

Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung buatan

Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot

Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.

Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Kenderaan

Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu.

Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui.


Reply With Quote
  #2  
Old 1st March 2010
dyuslie dyuslie is offline
Newbie
 
Join Date: Jan 2010
Posts: 26
Rep Power: 0
dyuslie mempunyai hidup yang Normal
Default

naiz info lanjutkan
Reply With Quote
  #3  
Old 1st March 2010
nyapnyapoke nyapnyapoke is offline
Newbie
 
Join Date: Mar 2010
Posts: 29
Rep Power: 0
nyapnyapoke mempunyai hidup yang Normal
Default

luarrr biasaa...
Reply With Quote
  #4  
Old 2nd March 2010
r0man0 r0man0 is offline
Newbie
 
Join Date: Feb 2010
Posts: 30
Rep Power: 0
r0man0 mempunyai hidup yang Normal
Default

nice info.......
Reply With Quote
  #5  
Old 2nd March 2010
bushway10 bushway10 is offline
Member
 
Join Date: Dec 2009
Posts: 64
Rep Power: 0
bushway10 mempunyai hidup yang Normal
Default

ah yang bener???
sumbernya?
kok logat melayu? HOAX bukan
Reply With Quote
  #6  
Old 2nd March 2010
papamama's Avatar
papamama papamama is offline
Newbie
 
Join Date: Feb 2010
Posts: 43
Rep Power: 0
papamama mempunyai hidup yang Normal
Default

kalo ada baterai pada masa itu
pasti ada alatnya juga...

ada gak itu???
Reply With Quote
  #7  
Old 2nd March 2010
sidekildarisurabaya sidekildarisurabaya is offline
Ceriwis Lover
 
Join Date: Dec 2009
Location: Bawah telapak kaki ibu
Posts: 1,154
Rep Power: 18
sidekildarisurabaya memiliki reputasi yang sangat baiksidekildarisurabaya memiliki reputasi yang sangat baiksidekildarisurabaya memiliki reputasi yang sangat baiksidekildarisurabaya memiliki reputasi yang sangat baiksidekildarisurabaya memiliki reputasi yang sangat baik
Default

Nyimak.....

nice inpoh ndan
Reply With Quote
  #8  
Old 2nd March 2010
CTsubasa's Avatar
CTsubasa CTsubasa is offline
Ceriwis Lover
 
Join Date: Jan 2010
Location: Mataram, NTB, Indonesia
Posts: 1,617
Rep Power: 20
CTsubasa mempunyai banyak pengalamanCTsubasa mempunyai banyak pengalamanCTsubasa mempunyai banyak pengalamanCTsubasa mempunyai banyak pengalamanCTsubasa mempunyai banyak pengalamanCTsubasa mempunyai banyak pengalamanCTsubasa mempunyai banyak pengalaman
Default

Infonya udah lama... Gambarnya ada kok ndan spy gak disangka hoax...
Reply With Quote
  #9  
Old 14th May 2010
Mr000's Avatar
Mr000 Mr000 is offline
Ceriwis Addicted
 
Join Date: Mar 2010
Location: mau tauk ajah!!
Posts: 3,727
Rep Power: 26
Mr000 is blessedMr000 is blessedMr000 is blessedMr000 is blessedMr000 is blessedMr000 is blessedMr000 is blessedMr000 is blessedMr000 is blessedMr000 is blessedMr000 is blessed
Default

wohhh bisa gitu, nice indan,
Reply With Quote
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off


 


All times are GMT +7. The time now is 02:00 AM.


no new posts