Login to Website

Login dengan Facebook

 

Post Reply
Thread Tools
  #1  
Old 29th January 2011
EagleEye's Avatar
EagleEye
Ceriwiser
 
Join Date: Nov 2010
Location: [TM #92]
Posts: 986
Rep Power: 19
EagleEye tau seluk beluk forumEagleEye tau seluk beluk forumEagleEye tau seluk beluk forumEagleEye tau seluk beluk forumEagleEye tau seluk beluk forumEagleEye tau seluk beluk forumEagleEye tau seluk beluk forumEagleEye tau seluk beluk forumEagleEye tau seluk beluk forum
Default Kapal perang Generasi Baru Malaysia


Quote:
 
PROJEK pembinaan kapal peronda generasi baru (NGPV) yang bermula pada 1999 akhirnya tamat dengan pentauliahan Kapal Diraja (KD) Selangor dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 28 Desember tahun lalu.

KD Selangor merupakan kapal peronda terakhir daripada enam kapal yang ditempah oleh kerajaan menerusi projek NGPV yang terpaksa memakan masa selama 10 tahun akibat krisis kegawatan ekonomi.
Dua buah kapal peronda dalam projek tersebut iaitu KD Kedah dan KD Pahang dibina di limbungan Blohm dan Voss Hamburg, Jerman manakala empat lagi iaitu KD Selangor, KD Perak, KD Terengganu dan KD Kelantan dibina oleh syarikat tempatan, Boustead Naval Shipyard (BNS) di Lumut, Perak.
�Projek pembinaan enam buah NGPV ini bermula pada 1999 tetapi tergendala akibat kelembapan ekonomi. Namun, kita dapat menyelesaikannya sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan 2010,� kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pentauliahan KD Selangor di Pangkalan TLDM Lumut baru-baru ini.
Upacara penamaan dan pelancaran KD Selangor telah disempurnakan oleh anakanda Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Limbungan BNS di Lumut pada 19 Mei 2009.
Namanya diambil sempena nama kapal peronda KD Sri Selangor yang telah dilucutkan tauliah pada 1995.
Menurut Abdul Aziz, KD Selangor mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana ia merupakan kapal keempat dan terakhir dalam kelas Kedah yang dibina 100 peratus oleh syarikat tempatan.
�Pencapaian ini amat membanggakan industri perkapalan dan pertahanan negara,� kata beliau.
Apa yang lebih penting, dengan kehadiran KD Selangor, TLDM kini mempunyai enam NGPV, sekali gus memperkukuhkan kekuatannya dalam membuat rondaan dan mempertahankan perairan negara daripada diceroboh anasir luar.
KD Selangor akan ditempatkan di Pangkalan TLDM Lumut bersama dengan KD Kelantan manakala KD Kedah dan KD Pahang di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah dan KD Perak serta KD Terengganu pula di Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang.
Semua kapal tersebut kini menjadi tulang belakang kepada segala operasi yang dilaksanakan di wilayah masing-masing, ujar Panglima Tentera Laut.
Untuk rekod, KD Selangor sepanjang 91.1 meter dan lebar 12.8 meter menggunakan sistem persenjataan STN Atlas Cosys 110-M1 dan senjata utamanya adalah meriam 76 milimeter (mm) OTO Melara dan meriam 30 mm OTO Breda.
Kapal tersebut dibina berkonsepkan �fitted for but not with�. Ini bermakna, sistem dan peralatan sedia ada boleh diintegrasikan tanpa melalui proses modifikasi kompleks yang meningkatkan keupayaan peperangan pada kapal.
Pentauliahan KD Selangor juga mengembalikan kemasyhuran serta legasi kapal peronda KD Sri Selangor ketika pertempuran dengan Kor Komando Penggempur Indonesia di Selat Singapura pada 24 Julai 1964 pada era konfrontasi.
Dalam pertempuran itu, KD Selangor yang di bawah pemerintahan Leftenan P.K Nettur telah berjaya melumpuhkan musuh serta menenggelamkan bot mereka selepas membalas tembakan musuh.
Namun, kejadian itu mengakibatkan Laskar Kelas Satu Mekanik Elektrikal, Abdul Samad Sulaiman terkorban manakala Laskar Kanan Persenjataan, Kweh Onn Cheong dan Pegawai Kadet Kanan, Musa Jabar tercedera.
�Peristiwa itu membuktikan pengorbanan yang sanggup dilakukan oleh anak-anak kapal KD Selangor dalam mempertahankan kedaulatan dan integriti perairan negara.
�Oleh itu, saya harap pentauliahan KD Selangor ini dapat mengingatkan kita kepada rumpun sejarah perpaduan antara anggota tentera laut dan akan membakar semangat sedia berkorban di kalangan generasi baru warga kapal KD Selangor khasnya dan warga TLDM amnya,� kata Abdul Aziz.
Quote:
 


  #2  
Old 14th February 2011
ronggo's Avatar
ronggo
Member Aktif
 
Join Date: Jan 2011
Posts: 295
Rep Power: 15
ronggo mempunyai hidup yang Normal
Default

baru punya gitu ajja udah sombong
  #3  
Old 15th February 2011
semarang's Avatar
semarang
Ceriwiser
 
Join Date: Dec 2010
Location: semarang punya
Posts: 300
Rep Power: 19
semarang is blessedsemarang is blessedsemarang is blessedsemarang is blessedsemarang is blessedsemarang is blessedsemarang is blessedsemarang is blessedsemarang is blessedsemarang is blessed
Default

heemm.... ecut:ecut:ecut:
  #4  
Old 16th February 2011
xalongz's Avatar
xalongz
Ceriwis Lover
 
Join Date: Jan 2011
Location: |PIC#62| |New World|
Posts: 1,584
Rep Power: 31
xalongz is very very important personxalongz is very very important personxalongz is very very important personxalongz is very very important personxalongz is very very important personxalongz is very very important personxalongz is very very important personxalongz is very very important personxalongz is very very important personxalongz is very very important personxalongz is very very important person
Default

hohohoho..masih bahasa mALAY tuh ndan.... translate ke bhs Indonesia donk..hehehe
  #5  
Old 16th February 2011
dewodaru's Avatar
dewodaru
Member Aktif
 
Join Date: Jan 2011
Posts: 286
Rep Power: 17
dewodaru tau seluk beluk forumdewodaru tau seluk beluk forumdewodaru tau seluk beluk forumdewodaru tau seluk beluk forumdewodaru tau seluk beluk forumdewodaru tau seluk beluk forumdewodaru tau seluk beluk forum
Default

Quote:
Originally Posted by xalongz View Post
hohohoho..masih bahasa mALAY tuh ndan.... translate ke bhs Indonesia donk..hehehe
ho oh tuh sebel bacanya
  #6  
Old 16th February 2011
GyE's Avatar
GyE
Member Aktif
 
Join Date: Oct 2010
Posts: 156
Rep Power: 0
GyE mempunyai hidup yang Normal
Default

Kykx saingan mantapnya SU 27 nih !!!
  #7  
Old 17th February 2011
superPATRICK
Member
 
Join Date: Sep 2010
Posts: 75
Rep Power: 0
superPATRICK mempunyai hidup yang Normal
Default

Quote:
Originally Posted by GyE View Post
Kykx saingan mantapnya SU 27 nih !!!
kapal kok saingan ma pesawat ndan??
Sponsored Links
Space available
Post Reply

« Previous Thread | Next Thread »



Switch to Mobile Mode

no new posts