Ceriwis  

Go Back   Ceriwis > DISKUSI > Chit & Chat

Chit & Chat Tempat mencurahkan isi hati dan mencari tips-tips berguna untuk pria dan wanita

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 31st January 2011
dikzzz's Avatar
dikzzz dikzzz is offline
Moderator
 
Join Date: Jul 2010
Posts: 4,960
Rep Power: 59
dikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophet
Default Semua yang berlaku ada sebabnya

Quote:
Adakalanya seseorang akan hadir dalam hidup kita dan kita pun sebenarnya tahu yang dia juga telah dimaksudkan begitu. Hadirnya dia dengan beberapa tujuan, menunjuk ajar kita satu pengajaran tentang hidup ini atau pun menolong kita untuk lebih mengenali diri sendiri, siapa kita dan apa yang sebenarnya kita mahukan dalam hidup ini. Kita mungkin juga tidak mengenali siapa sebenar mereka yang hadir dalam hidup kita, tetapi kita telah meletak harapan pada kali pertama lagi, mungkin kerana kita tahu bahawa setiap saat mereka akan mengubah hidup kita, dalam pelbagai cara..

Dan kadangkala sesuatu yang terjadi kepada kita pada masa itu mungkin kelihatan dahsyat, menyakitkan dan tidak adil, tetapi dalam diri kita menyedari bahawa tanpa mengatasi halangan-halangan tersebut kita tidak akan menyedari potensi diri, kekuatan, kuasa, kemahuan atau hati kita sendiri.

Semua yang berlaku ada sebabnya. Sedarilah bahawa tiada apa pun akan berlaku secara kebetulan atau kerana nasib. Kesakitan, suka-duka, detik-detik kehilangan yang sebenar dan kebodohan, semuanya berlaku untuk menguji batas jiwa kita.

Tanpa ujian-ujian kecil sebegini, hidup ini mungkin akan menjadi seperti suatu perjalanan yang tiada rintangan, jalan yang lurus, leper yang tidak ke mana-mana, selamat dan selesa, tetapi membosankan dan benar-benar tidak berguna serta tidak memberi sebarang makna..

Seseorang yang kita jumpa akan memberi kesan kepada hidup kita. Kejayaan dan kegagalan yang kita alami akan menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya, dan pengalaman-pengalaman buruk boleh kita pelajari daripadanya. Dan yang sebenarnya mereka mungkin adalah seseorang yang penting kepada kita. Jika seseorang menyakiti, mengkhianati atau melukakan hati kita, maafkanlah mereka kerana mereka telah membantu mengajar kita mengenai amanah dan yang paling penting menjadikan kita lebih berwaspada kepada siapa yang akan kita bukakan pintu hati kita nanti.

Jika seseorang menyayangi dan mencintai kita, cintailah mereka kembali tanpa syarat, bukan kerana rasa simpati di atas kecintaan mereka kepada kita, tetapi juga kerana mereka mengajar kita untuk menyayangi dan membuka pintu hati serta persepsi kita terhadap sesuatu perkara yang remeh-temeh. Membuat perhitungan setiap hari dan menghargai semua yang mungkin boleh kita hargai, kerana kita mungkin tidak akan mendapatnya sekali lagi.

Berbicaralah dengan orang yang kita tidak pernah berbicara sebelum ini, dan belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia.Biarkan diri kita sentiasa penuh dengan perasaan kasih dan sayang, kebebasan dan berpandangan jauh. Teruskan fokus kita kerana semuanya itu berada diatas landasan yang sebenarnya

Yakinkan diri sendiri bahawa kita adalah seorang individu yang hebat dan penuh dengan keyakinan dan kemampuan, kerana jika kita tidak mempercayai diri kita sendiri, tiada siapa lagi yang akan mempercayainya.. Ciptakan kehidupan kita sendiri dan kemudian keluar dan tunjukkan kepada dunia dan hiduplah dengan bangganya dengan apa yang telah kita lakukan.

�jika kita mengalihkan pandangan serta menutupi matlamat-matlamat kita, semua yang akan dilihat nanti sebenarnya hanyalah halangan-halangan belaka�

...Berkongsilah bersama-sama, bahawa sesuatu yang hadir dalam hidup ini ada sebabnya.


Reply With Quote
Reply


Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off


 


All times are GMT +7. The time now is 07:36 AM.


no new posts