FAQ |
Calendar |
![]() |
|
Gossip & Gallery Gossip, artist, images of unique and interesting all here. |
![]() |
|
Thread Tools |
#1
|
||||
|
||||
![]()
Quote: merinding ane mbacanya........ Spoiler for judul: 12 umat di padang mashyar Quote: Umat Islam wajib percaya bahwa satu ketika nanti, apabila tiba masanya mereka akan dibangkitkan semula di akhirat dan dihimpunkan di satu tempat di panggil Padang Mahsyar untuk berdepan dengan perbicaraan bagi menimbang amalan baik buruk yang dikerjakan ketika hidup di dunia, seterusnya ditentukan sama ada mereka menjadi penghuni syurga atau neraka. Banyak gambaran disebut Allah SWT didalam Al-Quran berkaitan dahsyatnya suasana apabila terjadi hari kiamat dan Al-Quran juga secara jelas dan tegas mewajibkan kita meyakini hari kiamat tetap akan berlaku walaupun tidak diketahui bila masanya. Kedahsyatan digambarkan sangat menggerunkan sehingga menjadikan seseorang kelihatan terpinga-pinga dan kebingungan manakala ibu mengandung pula terus keguguran kerana ketakutan.Begitu juga anak yang menyusu akan tercampak dari pelukan ibunya dan dilupakan begitu saja. Banyak lagi peristiwa dahsyat lain digambarkan oleh Allah SWT untuk renungan dan pedoman kita bersama, termasuk melalui Surah At-Takwir ayat 1-3 Spoiler for isi: ![]() Spoiler for kedua: ![]() Spoiler for ketiga: ![]() Quote: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); Digambarkan juga di dalam Al-Quran suasana hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia ketika di Padang Mahsyar. Ada yang berjalan seperti biasa, merangkak dan berjalan dalam keadaan terbalik dengan kepala dibawah serta kaki di atas. Matahari pula hanya sejengkal di atas kepala manusia pada masa itu, menyebabkan sebahagian manusia tidak tahan panas dan ditenggaelami peluh ynag banyak serta berbau busuk dan semuanya bergantung kepada tahap amalan masing-masing ketika dunia. Dalam sebuah hadis, diriwayatkan Ibni Ammar RA bahawa Rasulullah SAW memberitahu, manusia akan dibangkitkan kembali untuk bertemu Allah SWT pada hari kiamat sebagaimana keadaan mereka dilahirkan dari perut ibu dalam keadaan telanjang bulat. Diriwayatkan pada satu hari, Mu'adz bin Jabal bertanya Rasulullah SAW mengenai maksud firman Allah SWT dalam Surah An-Naba' ayat 18 Spoiler for firman: ![]() Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar); Mendengar saja soalan itu, lantas Baginda menangis dan bersabda " Wahai Mu'adz, sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu perkara yang sangat besar. Ada 12 macam umatku nanti yang akan dihalu ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya Allah tukarkan, tidak seperti mereka hidup di dunia" Spoiler for baca: Golongan itu adalah 1 * Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka menggangu jiran tetangga. 2 * Dibangkitkan dalam keadaan berbentuk babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya 3 * Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan didalamnya penuh ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat 4 * Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka menipu 5 * Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah. 6 * Dibangkitkan dalam keadaaan leher terputus kerana ketika didunia selalu memberi kesaksian palsu 7 * Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia 8 * Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua-dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan itu suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat. 9 * Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu makan harta anak yatim secara zalim 10 * Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua 11 * Dibangkitkan dalam kedaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnnya, mereka gemar minum arak Bagaimanapun, bagi kelompok ke 12, mereka dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi 'sirat' (titian) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktu dengan berjemaah. Spoiler for BACA: Enam Perkara Rasulullah SAW turut bersabda: "Jaminlah untukku enam perkara, maka aku akan menjamin untukmu syurga" 1 * Kalau bercakap, cakaplah yang benar 2 * Kalau berjanji, tepatilah janji 3 * Kalau diberi amanat, tunaikan dengan baik 4 * Pejamkan matamu daripada yang diharamkan 5 * Peliharalah farajmu daripada hubungan seksual yang diharamkan. 6 * Peliharalah sepak teranjangmu daripada tindakan yang diharamkan Spoiler for WEH: wih merinding ane bacanya gan Spoiler for wk: bagi agan yg udah ISO,bagi ![]() Spoiler for bata: Bagi agan yg ga percaya jgn di lemparin ![]() ![]() Terkait:
|
![]() |
|
|